Posts

Showing posts from October, 2018

TOKOH FALSAFAH ISLAM : AL-FARABI

Image
AL-FARABI (870-950) Wan Nor Aminatunsyima Binti Mior Razali (A170700) (Isnin : 5.00 petang)  AL-FARABI   merupakan seorang ilmuan islam yang menguasai pelbagai ilmu pengetahuan tetapi beliau lebih cenderung dalam bidang falsafah dan mantik. Al-Farabi merupakan tokoh falsafah islam yang gigih dalam penulisannya dan dikatakan menulis sekitar 100 karya ilmiah yang merangkumi pelbagai tema. Nama asal beliau ialah Abu Nasr Muhammad Bin Muhammad Tarkhan Al-Uzdag. Dilahirkan di Wasij, di wilayah Transosiana, di negara Turkestan. Beliau dilahirkan pada tahun 257 Hijrah bersamaan 870 Masihi, pada zaman pemerintahan kerajaan Samaniah dan wafat di Haleb (Aleppo) pada tahun 339 H bersamaan 950 M. Bapa beliau bekerja sebagai seorang pegawai tentera kerajaan manakala pekerjaan ibu beliau tidak diketahui dengan jelas. Al-Farabi mendapat pendidikan awal daripada guru-guru persendirian, samada beliau belajar di rumah guru berkenaan atau belajar secara formal di masjid. Beliau tidak sepert