TOKOH FALSAFAH ISLAM : AL-FARABI
AL-FARABI (870-950)
Wan Nor Aminatunsyima Binti Mior Razali
(A170700)
(Isnin : 5.00 petang)

Al-Farabi mendapat pendidikan awal daripada
guru-guru persendirian, samada beliau belajar di rumah guru berkenaan atau
belajar secara formal di masjid. Beliau tidak seperti tokoh atau sarjana muslim
yang lain, kerana beliau tidak menulis mengenai riwayat kehidupannya sendiri
berbanding dengan tokoh yang lain. Al-Farabi dikatakan mempunyai daya akal yang
tinggi sejak kecil lagi kerana dalam usia muda sudah belajar berbagai ilmu.
Beliau dapat menguasai beberapa Bahasa asing, antaranya Syria, Arab, Greek dan
beberapa bahasa lagi. Beliau menguasai pelbagai bidang ilmu keagamaan dan mahir
dalam pelbagai cabang falsafah, ilmu lingkungan, ilmu ketenteraan dan ilmu
muzik. Walaupun beliau mahir dalam pelbagai bidang namun beliau lebih tertarik
pada bidang falsafah dan logik. Al-Farabi menjadi guru bagi Ibnu Sina, tokoh
pemikir dan perubatan islam serta Ibnu Rushd dan ahli-ahli falsafah islam yang
lain. Oleh itu, beliau mendapat gelaran sebagai guru kedua (al –mu’allim
as-tsani) atau Aristotle kedua.
Al-Farabi mendefinisikan falsafah sebagai
satu ilmu yang menyelidiki hakikat sebenarnya dari segala yang ada ini. Beliau
berpendapat bahawa tidak ada pertentangan antara falsafah Plato dengan
Aristotle sebab kelihatan berlainan pemikiran tetapi hakikatnya mereka bersatu
dalam tujuan. Dalam falsafah politik, Al-Farabi berpendapat bahawa ilmu politik
adalah ilmu yang meneliti berbagai bentuk tindakan, cara hidup, watak di posisi
positif dan akhlak. Manakala falsafah metafizik Al-Farabi merangkumi ilmu
ketuhanan,wujud dan sifat-sifat Tuhan. Penulisan
Al-Farabi mencakupi setiap bidang ilmu. Idea beliau juga mempengaruhi daripada
segi keintelektualan ke atas dunia Islam di Timur dan juga dunia Latin di
Barat. Di antara karyanya yang terkenal ialah Fi- Mabadi Ara’ Ahl al-Madinah
al-Fadilah yang menjelaskan tentang Teori Kemasyarakatan dan Kenegaraan
al-Farabi. Dalam buku beliau ini Al-Farabi telah membicarakan pelbagai bidang
ilmu dan bahagian-bahagiannya.Antaranya ilmu-ilmu bahasa (ilm al-lisan), ilmu
mantik, ilmu matematik (at-ta’alim), ilmu fizik (al ta’lim at-tabi’i), dan
banyak lagi.
RUJUKAN
Ibrahim, M. Subhi, 2012, al-Farabi
: sang perintis logika Islam, Jakarta, Indonesia : Dian Rakyat
Muhsin Mahdi, 1962, alfarabi’s philosophy of Plato and Aristotle, Itacha, New York
Muhsin Mahdi, 1962, alfarabi’s philosophy of Plato and Aristotle, Itacha, New York
Comments
Post a Comment